Tinta Pengetua Cemerlang

pengetua cemerlang

Assalamualaikum wbr dan Salam Satu Malaysia.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Portal Rasmi Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Portal ini merupakan wahana sumber maklumat dan ruang komunikasi yang berkesan bagi menjalin hubungan antara warga STAR dengan masyarakat di luar sekolah. Sesungguhnya aplikasi ICT seperti ini dapat diperluas fungsinya untuk mewujudkan network dengan sekolah-sekolah lain di dalam negara mahupun di luar negara. Malahan juga dengan cara ini membolehkan STAR mewujudkan linkages dengan institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa.

Saya ingin mengajak semua pihak, terutamanya yang mempunyai hubungan langsung dengan STAR agar dapat bersama-sama memperkasakan STAR dalam semua bidang sehingga visi kita menjadikan STAR sebagai penerajushowcase kecemerlangan pendidikan negara terlaksana. Visi ini boleh dicapai kerana STAR telah membuktikan keupayaannya melakukan mobiliti sosial anak-anak melayu luar bandar hingga mampu melahirkan tokoh-tokoh kepimpinan yang mempunyai towering personalities. Ramai dalam kalangan mereka yang telah menerajui kepimpinan negara, negeri, agensi kerajaan dan swasta, organisasi dan komuniti sejak penubuhannya pada era kemerdekaan hingga sekarang. Saya yakin bahawa warga pendidik STAR berkapasiti meneruskan peranannya untuk membina dan melahirkan modal insan yang berintegriti dan bertaqwa ,kreatif, inovatif, serba keperibadian (all rounder personality), boleh dipasarkan (marketable), pemimpin (leaders) dan memiliki kemahiran komunikasi (soft skills) sebagai persediaan menerajui negara kita dan bersaing di peringkat global.

Saya akan berusaha dan melakukan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan STAR sebagaimana yang diharapkan oleh semua stakeholders. Sebagai nahkoda STAR, saya akan melakukan transformasi bagi memastikan STAR kembali berada di tempat tertinggi selaku SBP terulung di Malaysia. Lantaran itu, bagi memenuhi hasrat tersebut, saya mengharapkan kerjasama semua pelajar, barisan pendidik, Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAROBA), Persatuan Ibu bapa dan Gurut (PIBG) dan pihak-pihak lain untuk berganding bahu dalam usaha kita mendapatkan pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Kita juga mengharapkan STAR dilihat sebagai penanda aras (benchmark) oleh institusi pendidikan di dalam dan luar negara dari segi pencapaian akdemik, kokurikulum dan sahsiah. Marilah kita berusaha dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT memberkati usaha kita.

Selamat melayari Portal Rasmi Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

” S,T.A.R WILL ALWAYS BE NUMBER ONE”

Tuan Haji Abdul Hashim Bin Abdul Karim, AMP,PPG
Pengetua Cemerlang
Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ipoh Perak.

Leave a comment